Tuesday 16 July 2013

14/7/2013 HARI MALANG AKU

Hye peeps! holaa.. hari nie tangal 14/7/2013 aku ada ujian 1 CITIZEN ! aku rasa seluruh IPT di seluruh Malaysia amik ujian nie.. 1 CITIZEN tu apa? hoho.. 1 citizen nie ujian untuk melayakkan kita dapat sijil khas 1 citizen.. Total marks 1 CITIZEN nie 1000.. woot2 !markah untuk lulus 640.. hoho.. so far aku dapat 644 .. Alhamdulillah lulus jugak.. hehe.. nervous baq hang.. btw,apa yg malang sangat aku harini? kayy mai aku cita..
                     Hari nie adalah hari yang malang buat aku. yela dari pagi tadi aku kejar bas masa aku pakai high heels.. haritu hujan kot.. kasut aku basah licin lagi.. adess.. macam nak tersungkur aku kat jalan kejar bas pakai high heels .. adess lepas nie kena spare bawa selipar la kalo kes2 urgent yang macam nie.. hewhew ! Hurmm dah tu bila sampai makmal first aku masuk computer yang aku guna mesti tak boleh nak buka..hampeh dah tu tukar pc lagi dowh..Sabar2!  Pastu pulak masa pindah dekat makmal yang nak ambil exam,komputer yang aku duduk tu jadi error.. Orang lain boleh access elok ja kot.. Dah tu tukar lagi pc.. Pastu masa exam dah bermula nak submit password dia jadi x boleh access lagi.. Adoyai tukar pc lagi dowh.. Hurmm aku dah mula rasa stress sebab tengok kawan-kawan yang lain dah mula menjawab.. aku nervous la pc aku tak bole nak jalan lagi..adoi.. benci benci ! Last2 tukar pc ketiga ok la kot tapi soalan dia mak aii susah baq hang.. pastu skor aku rendah sikit dari semalam aku cuba jawab trial punya soalan..Tapi Alhamdulillah lulus.. sejuk tangan aku.. :)

Friday 12 July 2013

SAHUR DOWH.. KO NAK MAKAN APE HAA?

Hye peeps ! kringggg kringgggg kringgggggggggggggggggggg..
Fon aku pagi2 dah memekak telinga.. bising kot.. haizzz
aku dengar kadang jam bunyi tapi aku hentikan waktu ..
haha.. lepas tengok jam aku tdo balik.. hee
actually aku nak cerita pasal 11/7/2013..
jajaja.. tarikh apa tu? hewhew.. asal dengan tarikh tu dowh?
what's wrong..? nie haa.. aku xtaw napa aku boleh tak sedar walaupun
4 org kawan aku cal untuk kejut aku sahur.. mmg xtaw napa aku tidur mati kot haritu
yela maybe letih kot.. adess.. 11/7/2013 jadual aku mmg pack.. yela kelas dari pukul 8 pagi sampai
4 petang kot.. tapi sekali kelas 2 jam.. pastu akan ada gap sejam..
aku x bangun sahur kot,pastu kelas KIMIA prof blalala aku x pegi kot..
dah la kalo 3 kali tak masuk kelas terus disenarai hitamkan utk x boleh ambil exam..
waduh.. gawat niee.. xpa.. nak wat mcm mana aku mmg x sedar.. bukannya sengaja pown..
lagipon aku cirit birit kot haritu.. tapi tak pa kelas pukul 11 pagi aku msuk.. nasib la ada gap sejam..
huhu.. eh aku dah lari tajuk nie haa..
Dekat atas tu nak bagitaw pasal sahur kan? kan?
kayy kat UPSI nie dorang ada wat delivery NASI DENGAN KUAH KARI AYAM GORENG..
HARGA RM3 saja.. bermula dari kul 3:30 pagi dorang akan hantar ke rumah2 yg order..
hoho.. aku pun try la semalam order.. wokey la not bad..
yela walaupun café buka dari 8 malam sampai 5 pagi tapi
rumah aku tingkat 4 dowh.. mana rajin nak turun p café tgh2 pagi2?
adess.. lgpon housemate aku pon x turun.. haizzz nasib la ada delivery..
kayy jumpa lagi di entry yg lain :)

First time berbuka puasa jauh di perantauan :(

Hye peeps ! lama aku x update kt blog nie.. nak berhabuk agaknya..
Hewhew.. Entry kali nie aku nak cerita pasal TAK NIKMAT berbuka puasa tanpa keluarga trsayang di sisi.. hmm,bkan apa kalau buka puasa dekat rumah macam juadah berbuka puasa ada.. rasa mcam nk pecah perut haa.. adess.. puasa 2013 nie, first time aku berbuka puasa di kampus baru sultan azlan shah di UPSI.. korang tahu tak apa beza kalau buka puasa dekat rumah dengan dekat kampus? haa.. nie aku nk kasi tahu.. kalo dekat kampus makan beli bungkus jaa.. tu pun sayu ja makan xda selera.. tapi disebabkan LAPAR aku makan jugak la walaupun separuh... huh.. kalau buka puasa dekat rumah atudiaaaaa.. macam2 adaaa.. fuhh nikmat.. tak pa la.. umur dah 18, so far aku kena belajar berdikari hidup sendiri...  ye la nanti kalau KAWIN macam tu jugak kann.. hidup dengan SUAMI tapi bukan dengan family.. opps.. asal tetiba aku cakap sal suami nie? dah ada calon ke? haha kayy jujur aku cakap buat masa nie memang ada seorang laki yg dh CURI HATI aku.. insyaallah kalau xda aral melintang dia jodoh aku.. wallah hu alam.. tapi yg pasti laki tu bukan budak UPSI.. apa yg org gossip dalam kampus nie,hanya gossip semata2.. kitorang rapat mungkin tapi hati aku telah dicuri oleh si dia yg ada di luar sana.. :)

Sunday 7 April 2013

Si gadis berbaju celoreng !



Dari kiri~wiwi(me),zaty

Hola.. nampak tak dua gadis kat atas tu? comel tak comel tak ?
hewhew.. *gediks ckit..
actually nak bgtaw dua gadis yg berbaju celoreng tu wiwi n zaty my buddy..
taw x buddy tu apa?hewhew..
dekat plkn wiwi ada sistem buddy.. means,setiap org dlm dorm mesti ada partner
masing2.. so,dalam byk2 tu dy mnx wiwi jd buddy dia..
oh sayang awak buddy..
nak taw tak?kami kan sepanjang PLKN selalu sangat gaduh2,manja2,karate,gusti dalam dorm..haha
ala,bkn pa.. biasa la perempuan kan cepat touching..
korang jgn slah faham pulak..
kami gaduh bkn yg tarik2 rambut tu,bertumbuk segala bagai..
kami gaduh majuk2 macam tu la mksd wiwi.. xdan 5 minit peluk baik blk..
haha.. ni la kami.. wiwi sayang zaty.. :) rindu kerenah budak comel nie..

PLKN COMPANY DELTA



DELTA DELTA HOT TO GO H.O.T.T.O.G.O AUMM.. AUMM..

tgk sorakan kat atas tu? hewhew.. company aku la tu..
time nie msa hari last msa penutup.. gambar kenangan bersama kawan2 satu company..
budak plkn mesti faham apa tu ALPHA,BRAVO,CHARLIE,DELTA..
kalo org yg x terlibat dan bukan warga PLKN lah senang cita,mesti akan tanya
macam nie.. company?company pa?dekat PLKN pon ada syarikat ka?
haha.. company nie macam stay satu bumbung..
apa2 aktiviti pon berdasarkan 4 company tu la..
hewhew.. rindu warga KLSN :) okay.. nak bgtaw tu ja..
sy syg company sy.. papai

Friday 17 August 2012

Accident 7 August 2012

Hye peeps!

Dah lama aku x update blog nie.. Bukan hendak menyepikan diri, tapi kerana kekangan masa memandangkan aku nk ambil SPM tahun nie.. huhu.. Berbalik dgn title aku yg kat atas tu,ACCIDENT 7 AUGUST 2012.. Okay.. imbas kembali kepada tarikh tu..

Harini 7 August 2012 adalah hari yg menakutkan aku dimana aku telah kemalangan masa on the way pergi ke sekolah..Mesti ada yg tertanya-tanya macam mana aku boleh accident.. Pagi tu hujan renyai2.. Seperti biasa aku menunggang motosikal ke sekolah.. Dari rumah aku menunggang dan tibalah di satu kawasan iaitu TAMAN KENARI,JALAN BATU ASAH LANGKAWI.. Masa hendak menuruni jalan yang agak curam tu dengan tiba2 aku merasakan ada SOMEONE mengambil alih menunggang moto tersebut,, haha.. bunyi macam pelik bukan? Kenapa aku kata macam tu?Kayy.. ini kisah benar.. cuba bayangkan bila tgh menunggang moto straight ke hadapan,dgn secara tiba2 moto dia pusing ke kanan.. Seriously aku panik time tu dan xdapat berbuat apa2.. Aku drive masa tu sebelum menurun bukit dalam 60 macam tu,. Sebelum moto 2 berpusing2,aku terkejut sbb moto aku bergerak dan dikawal ke arah kanan jalan secara tiba2 padahal aku menunggang straight ke hadapan.. huh.. yg aku ingat lepas moto tu bergerak pusing ke arah kanan moto aku senget dan drift sebelum aku jatuh terhempap selepas terpelanting dari moto then aku berpusing2 ke bawah dan terhempap sekali lagi disebalah jalan yg bertentangan dengan arah aku,iaitu sebelah kanan jalan dimana jalan tu digunakan untuk menaiki bukit.. Yang pasti helmet aku masih ketat diikat dan tidak tertanggal dari kepala,, masa tu aku merasakan kaki dan lutut aku teramat pedih kerana tersagat pada jalan masa bepusing2 ke bawah.. kain sekolah aku koyak separuh akibat terseret jalan.. yang aku ingat, jam tangan aku pecah kaca.. then side mirror sebelah kiri pecah sedikit masuk dalam sweater yg aku pakai.. masa kali kedua aku terhempap ada yg datang cuba mengangkat aku dan sebaik sahaja aku mengangkat kepala mendongak ke atas, ada sebiji moto yg dinaiki dua orang lelaki yg tidak aku pasti sama ada budak sekolah teknik atau budak giat mara yg menggunakan jalan yg sama turut terjatuh akibat brek mengejut bg mengelakkan kereta yg dibelakang aku yg brek mengelak aku.. jadi,tiga orang yg jatuh waktu tu.. Semasa orang ramai cuba membantu mengangkat aku, aku ada terdengar suara dua kakak berkata "nasib kita x langgar dy.. nasib sempat brek tadi.. then, dy tanya aku, adik,adik ok ka?boleh jalan tak? Then dorang papah aku masuk ke dalam kereta utk diberi rawatan selanjutnya.. Actually sekolah aku dekat dgn poliklinik kuah,jadi dorang hantar aku dekat situ.. Dorang cuba membuang helmet dikepala aku, tapi aku menolak kerana takut dengan darah yg banyak keluar.. Sampai di poliklinik,dorang membawa aku duduk atas wheelchair dan aku masih lagi belum mahu membuang helmet.. jadi,aku naik wheelchair tersebut dengan memakai helmet,, Sampai dalam bilik rawatan, helmet aku
ditanggalkan,sweater dan tudung aku dibukakan.. rambut aku dilepaskan bagi mengelakkan tekanan aku di kepala.. di situ,aku diberikan rawatan oleh staf yg bertugas di situ..

p/s: Disini aku nak tegaskan bahawa aku tidak suka dan sedih serta terkilan bila seorang yg aku kenali bagitaw kata aku jatuh moto sorang2 diri tanpa sebab thats mean aku suka2 babaskan diri aku.. tu x betul.. aku x suka org yg mulut laser ni.. Orang kata terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.. Thanks baca apa yg tersirat dekat hati aku nie.. hope cerita aku dekat atas tu terjawab segala kemusykilan yg ada di kepala korang.. K bye :/

Tuesday 24 July 2012

Sikap aku berubah??

Hye peeps !
Korang apa khabar?sihat kew?hewhew..
Disini aku nak cita apa yg terjadi dekat aku sejak akhir2 ini..
Sejak akhir2 nie, aku macam x kisah apa yg belaku di sekeliling aku..
aku rasa macam ada di dunia khayalan aku saja..
Kenapa aku ckap mcm tu?hewhew.. Actually, dh byk hari berturut2 aku rasa satu perasaan yang semacam.. aku rsa mengantuk 24 jam// pelik kan?
Susah aku nak buka mata.. kepala aku pulak selalu saja berdenyut2 n rasa sedikit pening.. haritu kelas bio 2'2 masa aku xleh concentrate.. Xtaw apa yg dh jadi dekat aku..
Always mengantuk.. Seriously 24 jam rasa mengantuk.. Then, aku selalu terdengar satu bisikan org dok panggil aku "wanieeeee" then stop, Then pggl lg.. Bila aku cari siapa yg panggil tu, xda. Mungkin halusinasi aku saja.. tapi yg paling aku xtahan ialah 24 hours aku mengantuk.. dAH beberapa minggu aku merasakan benda yg sama..
Apakah ini satu petanda? Wallahhualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...