Friday 17 August 2012

Accident 7 August 2012

Hye peeps!

Dah lama aku x update blog nie.. Bukan hendak menyepikan diri, tapi kerana kekangan masa memandangkan aku nk ambil SPM tahun nie.. huhu.. Berbalik dgn title aku yg kat atas tu,ACCIDENT 7 AUGUST 2012.. Okay.. imbas kembali kepada tarikh tu..

Harini 7 August 2012 adalah hari yg menakutkan aku dimana aku telah kemalangan masa on the way pergi ke sekolah..Mesti ada yg tertanya-tanya macam mana aku boleh accident.. Pagi tu hujan renyai2.. Seperti biasa aku menunggang motosikal ke sekolah.. Dari rumah aku menunggang dan tibalah di satu kawasan iaitu TAMAN KENARI,JALAN BATU ASAH LANGKAWI.. Masa hendak menuruni jalan yang agak curam tu dengan tiba2 aku merasakan ada SOMEONE mengambil alih menunggang moto tersebut,, haha.. bunyi macam pelik bukan? Kenapa aku kata macam tu?Kayy.. ini kisah benar.. cuba bayangkan bila tgh menunggang moto straight ke hadapan,dgn secara tiba2 moto dia pusing ke kanan.. Seriously aku panik time tu dan xdapat berbuat apa2.. Aku drive masa tu sebelum menurun bukit dalam 60 macam tu,. Sebelum moto 2 berpusing2,aku terkejut sbb moto aku bergerak dan dikawal ke arah kanan jalan secara tiba2 padahal aku menunggang straight ke hadapan.. huh.. yg aku ingat lepas moto tu bergerak pusing ke arah kanan moto aku senget dan drift sebelum aku jatuh terhempap selepas terpelanting dari moto then aku berpusing2 ke bawah dan terhempap sekali lagi disebalah jalan yg bertentangan dengan arah aku,iaitu sebelah kanan jalan dimana jalan tu digunakan untuk menaiki bukit.. Yang pasti helmet aku masih ketat diikat dan tidak tertanggal dari kepala,, masa tu aku merasakan kaki dan lutut aku teramat pedih kerana tersagat pada jalan masa bepusing2 ke bawah.. kain sekolah aku koyak separuh akibat terseret jalan.. yang aku ingat, jam tangan aku pecah kaca.. then side mirror sebelah kiri pecah sedikit masuk dalam sweater yg aku pakai.. masa kali kedua aku terhempap ada yg datang cuba mengangkat aku dan sebaik sahaja aku mengangkat kepala mendongak ke atas, ada sebiji moto yg dinaiki dua orang lelaki yg tidak aku pasti sama ada budak sekolah teknik atau budak giat mara yg menggunakan jalan yg sama turut terjatuh akibat brek mengejut bg mengelakkan kereta yg dibelakang aku yg brek mengelak aku.. jadi,tiga orang yg jatuh waktu tu.. Semasa orang ramai cuba membantu mengangkat aku, aku ada terdengar suara dua kakak berkata "nasib kita x langgar dy.. nasib sempat brek tadi.. then, dy tanya aku, adik,adik ok ka?boleh jalan tak? Then dorang papah aku masuk ke dalam kereta utk diberi rawatan selanjutnya.. Actually sekolah aku dekat dgn poliklinik kuah,jadi dorang hantar aku dekat situ.. Dorang cuba membuang helmet dikepala aku, tapi aku menolak kerana takut dengan darah yg banyak keluar.. Sampai di poliklinik,dorang membawa aku duduk atas wheelchair dan aku masih lagi belum mahu membuang helmet.. jadi,aku naik wheelchair tersebut dengan memakai helmet,, Sampai dalam bilik rawatan, helmet aku
ditanggalkan,sweater dan tudung aku dibukakan.. rambut aku dilepaskan bagi mengelakkan tekanan aku di kepala.. di situ,aku diberikan rawatan oleh staf yg bertugas di situ..

p/s: Disini aku nak tegaskan bahawa aku tidak suka dan sedih serta terkilan bila seorang yg aku kenali bagitaw kata aku jatuh moto sorang2 diri tanpa sebab thats mean aku suka2 babaskan diri aku.. tu x betul.. aku x suka org yg mulut laser ni.. Orang kata terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya.. Thanks baca apa yg tersirat dekat hati aku nie.. hope cerita aku dekat atas tu terjawab segala kemusykilan yg ada di kepala korang.. K bye :/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...